PROFIL

Latar Belakang Coach

LLB (Hons) (UiTM), BLS (Hons) (UiTM), DPA (UiTM)

Certified NLP Coach; Certified HRDF Trainer ;

Pengasas Program Perisai Buat Wanita/Puteri

Pengasas Certified Multitasking & Professional Presenter (CMPP)

Pengasas Advanced Online Professional Speaker

Pengasas CSI Challenge Teambuilding Program

Perunding Utama PRCS

Coach Airol Irwan telah mengasaskan Pro Rev Consultancy & Services (PRCS) pada tahun 2008 dan Pro Rev Resources pada 2019. Pengamal NLP Bertauliah ini memulakan kerjayanya dalam bidang Undang-Undang dengan berkhidmat di beberapa firma guaman sebelum bertugas sebagai Penasihat Undang-Undang di DRB-Hicom Defences Sdn Bhd dan di Tenaga Nasional Berhad.

Pengalaman lebih 15 tahun dalam bidang Perundingan dan Latihan merangkumi sektor kerajaan dan swasta, perbankan, badan-badan NGO, institusi Pendidikan dan sebagainya. Beliau juga sering mendapat liputan media seperti diundang sebagai panel bicara di rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9, rancangan Klik-I, RTM (Astro 180), rancangan Generasi-Y, RTM, rancangan Business Alternative di Astro Awani, rancangan “Assalamualaikum” di TV AlHijrah dan rancangan Wanita Hari Ini (WHI) di TV3. Beliau juga menjadi salah seorang penceramah bagi rancangan Imam Muda 2012 di Astro Oasis.

Perjuangan beliau juga turut mengisi ruang akhbar-akhbar tempatan seperti Kosmo. Metro, Sinar Harian, Berita Harian, Utusan, Mingguan Malaysia, NSTP dan sebagainya. Selain pernah ditemuramah wartawan Majalah I dan Majalah Wanita, beliau juga merupakan kolumnis bagi ruang soal jawab dan artikel bagi Majalah Rapi, Majalah Nur dan Majalah Pa & Ma keluaran Karangkraf. 

Tahun 2020, bermulalah norma baru dalam industri latihan, beliau telah mengambil langkah dengan menguasai latihan dalam talian secara interaktif dengan penggunaan software broadcaster dan Green Screen menghasilkan pendekatan yang unik dan menarik. Sehingga Ogos 2021, beliau telah mengendalikan lebih 300 program dan seminar secara dalam talian termasuk CSI Online Challenge Teambuilding Program dan program khas Advanced Online Professional Speaker yang telah dilaksanakan bersama pelbagai organisasi.

Selain aktif mengendalikan program dan seminar, beliau juga merupakan penulis buku Perisai Buat Wanita terbitan Utusan Publication & Distribution Sdn Bhd, Buku Zero To Hero terbitan Telaga Biru Snd Bhd dan Buku Luar Biasa terbitan Pro Rev Consultancy & Services serta beberapa Novel dan siri Ebook Motivasi pelbagai tajuk.

Pencapaian Diri

3

Buku diterbitkan

2K+

Program dan latihan

1M+

Klien dan peserta

14

Negeri telah dijelajahi

GALERI KERJAYA
COACH AIROL IRWAN

GALERI SEPANJANG KERJAYA COACH AIROL IRWAN


Pro Rev Consultancy & Services